RASIONAL LENCANA SMK METHODIST (ACS) KAMPAR, PERAK
Dalam tahun 1963 Lencana Sekolah yang baru telah
dicipta untuk mengganti lencana yang lama. Lencana sekolah yang baru itu
mempunyai ciri-ciri berikut :
a) Buku
– melambangkan Ilmu Pengetahuan
b) Bunga
Raya – melambangkan Persekutuan Malaysia
c) Insan
– melambangkan warganegaraan yang berguna kepada bangsa dan negara
Cogankata sekolah
ini ialah “Our Utmost For The Highest”
ataupun “Keupayaan Kami Untuk Yang Tertinggi”. Cogankata ini yang digunakan
sejak 1947 diambil daripada slogan Gladstone .
Falsafah yang terkandung di dalam cogankata ini ialah ia menggambarkan aspirasi
sekolah yang inginkan semua pelajarnya mencurahkan segenap tenaga dan usaha
mereka untuk mencapai kecemerlangan di dalam pelbagai bidang, baik dalam bidang
akademik mahupun bidang ko-kurikulum.
No comments:
Post a Comment