Tuesday, May 12, 2009

DETIK-DETIK BERSEJARAH ACS KAMPAR

DETIK-DETIK BERSEJARAH

Sejarah Pengasasan Dan Perkembangan Sekolah Menengah Methodist ( ACS ) Kampar, Perak

Tarikh

Perkara- Perkara Penting

April 1903

Perletakan batu asas Sekolah Anglo-Chinese School, Kampar oleh Rev. W.E. Horley yang telah memulakan kelas Bahasa Inggeris yang pertama di Chinese Methodist Church.

1919

Gereja Chinese Methodist itu akhirnya dipindahkan ke tapak lain, iaitu di tapak SRK Methodist ( ACS ) Kampar sekarang. Tanah untuk tapak sekolah itu telah diderma

oleh En. Eu Tong Sen. Seterusnya, sekolah yang baru itu dibuka secara rasminya oleh

Mr. R.G. Watson, Residen British di Perak.

1936

Sebuah bangunan tambahan berbentuk ‘ L ’ yang terdiri daripada sebuah dewan, kantin dan bilik guru telah siap dibina. Bangunan ini dirasmikan oleh

Mr. Marcus Rex, Residen British di Perak. Pada tahun ini juga majalah tahunan sekolah KACSIAN mula diterbitkan.

1941

Bangunan-bangunan sekolah telah diduduki oleh Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Oleh itu, persekolahan diberhentikan.

Oktober 1945

Sekolah dibuka semula dan Pengetuanya ialah Wong Hean Kim. Kerajaan British (BMA) memberikan Pinjaman Pemulihan ( Rehabilitation Loan ) sebanyak $ 1,420 untuk membaiki pulih keadaan fizikal sekolah.

1948

Pengetua, En. V.D. Kuppusamy menyewa Bangunan Goh Khoon ( tapak Sekolah Menengah sekarang ) selama 3 tahun untuk menampung bilangan pelajar yang kian

bertambah ramai.

1952

Hartanah Goh Khoon seluas 2 ekar itu telah berjaya dibeli oleh pihak sekolah dengan harga $70,000. Dana tersebut diperolehi daripada sumbangan ibu bapa, guru dan masyarakat tempatan ( $30,000 ) serta Geran Kerajaan ( $40,000 ).

6 April 1953

Sekolah meraikan Jubli Emasnya sempena menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya.

2 Mac 1957

Bangunan 3 tingkat yang mengandungi 9 buah bilik darjah telah dibuka secara rasminya oleh YTM Raja Muda Perak.

1958

Sekolah Anglo-Chinese School Kampar dipecahkan kepada 2 entiti yang berasingan

di mana En. Fung Ung Ming menjadi Guru Besar Sekolah Rendah manakala En. A.T. Ponniah menjadi Pengetua Sekolah Menengah.

Mei 1962

Sebuah bangunan baru 3 tingkat dibina untuk memuatkan sebuah perpustakaan. Pada masa itu sekolah ini menjadi Sekolah Menengah Methodist Mission yang ke-3 terbesar di Persekutuan Tanah Melayu.

7 September 1963

Meraikan Jubli Intan sempena menyambut ulang tahun ke-60 penubuhannya. Tetamu khas YB Menteri Pelajaran, Kapten Abdul Hamid Khan membuka secara rasmi bangunan baru itu.

1964

Majalah Kacsian menerbitkan edisi khas ‘ Special Kampar Issue ’ yang memuatkan laporan secara terperinci mengenai sejarah pengasasan dan perkembangan pekan Kampar.

1967

Bangunan baru ( bangunan yang ketiga ) telah siap dibina dan dibuka secara rasmi

pada 17.3.1967 oleh Menteri Pelajaran YB En. Mohamad Khir Johari. Bangunan tersebut mengandungi 12 buah bilik darjah dan sebuah dewan.

1969

Pejabat sekolah telah diubahsuaikan. Pejabat sekolah kini mempunyai 2 tingkat dengan 1 tingkat tambahan di bawah tanah. Pada tahun ini juga dimulai projek membina sebuah lagi bangunan tambahan 3 tingkat ( yang keempat dan terakhir ).

22 September 1972

Blok Bangunan Seni Perusahaan telah dibuka secara rasmi oleh Tuan Haji Hamdan Sheikh Tahir, Pengarah Pendidikan Malaysia.

1973

Pihak Lembaga Sekolah telah bersetuju menukarkan nama sekolah dari Anglo-Chinese Secondary School, Kampar kepada S.M. Methodist (ACS) Kampar.

10 Julai 1993

Sempena Ulangtahun ke-90, pihak PIBG telah menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam untuk bekas-bekas pelajar ACS Kampar pada pukul 8.00 malam.

1998

Makmal Komputer ditubuhkan di sekolah ini. Makmal ini juga mempunyai kemudahan Internet.

2000

Pengerusi PIBG, En. Tham Leong PPT telah berusaha keras untuk mendapatkan sumbangan kewangan daripada bekas pelajar-pelajar sekolah ACS Kampar

untuk membaiki pulih 2 blok tandas lelaki. Projek itu berjaya dilaksanakan dengan

perbelanjaan sebanyak RM17,000.

No comments:

Post a Comment